08 September 2008

Definisi Iman

Menurut bahasa iman bererti pembenaran hati. Sedangkan menurut istilah, iman adalah: membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.

Ini adalah pendapat jumhur. Dan Imam Syafi'i meriwayatkan ijma para sahabat, tabi'in dan orang-orang sesudah mereka yang sezaman dengan beliau atas pengertian tersebut.

Penjelasan Definisi Iman
"Membenarkan dengan hati" maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam.

"Mengikrarkan dengan lisan" maksudnya, mengucapkan dua kalimah syahadat, syahadat "Laa ilaha illallahu wa anna Muhammadan Rasulullah" (Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah).

"Mengamalkan dengan anggota badan" maksudnya, hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya. Kaum salaf menjadikan amal termasuk dalam pengertian iman. Dengan demikian iman itu boleh bertambah dan berkurang seiring dengan bertambah dan berkurangnya amal shalih.

Huraian Rukun Iman




Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al- Khattab r.a. bahawa didalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah s.a.w didalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai
sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

“Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadakumengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah s.w.t, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”

Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:
  1. Percaya kepada Allah.
  2. Percaya kepada Malaikat.
  3. Percaya kepada Kitab.
  4. Percaya kepada Rasul.
  5. Percaya kepada Hari Kiamat.
  6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Sebenarnya kita dituntut supaya mempercayai bahawa kitab-kitab tersebut khususnya al-Quran al-Karim adalah datangnya daripada Allah Taala, justeru itu kita hendaklah sentiasa berpegang dan beramal dengan mengikut segala arahan dan perintah yang terdapat di dalamnya disamping meninggalkan segala larangan dan tegahan yang terdapat di dalamnya. Dengan berbuat demikian, ia membuktikan kita telah beriman dengan kitab Allah dan sekaligus kita beriman dengan Allah.

Pengenalan tajuk sebagai mukadimah.

Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pengangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pengangan yang kuat.

Manakala dari sudut istilah pula, kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang
betul atau sebaliknya.

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan takdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, Akidah islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari, dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah S.W.T.

Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada Al-Quran dan As-Sunnah.

ILMU AKIDAH
Ilmu tauhid
– Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah S.W.T. yang wajib diketahui dan dipercayai.

Ilmu usuluddin
– Suatu ilmu yang kepercayaaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah S.W.T dan pesuruh-Nya.

Ilmu makrifat
– Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah S.W.T.

Ilmu kalam
– Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan.

Ilmu akidah
– Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah S.W.T.

Template by:
Free Blog Templates