24 October 2008

Perbezaan Al-Quran Dengan Kitab-kitab Yang Terdahulu

(( Kitab Terdahulu )) Lebih ditujukan kepada golongan manusia yang tertentu sahaja di kalangan berbagai bangsa.

(( Al-Quran )) Semua ajaran dan perundangan dapat diamalkan pada setiap tempat di muka bumi ini dalam segala zaman. Bersifat universal untuk seluruh manusia hingga akhir zaman.



(( Kitab Terdahulu )) Teks asal kitab yang lalu telah hilang, yang ada cuma salinannya sahaja.

(( Al-Quran )) Sampai sekarang masih seperti yang pernah diturunkan kepada Muhammad s.a.w di mana sedikit pun tidak berubah, walaupun satu huruf sekali pun.



(( Kitab Terdahulu )) Diturunkan dalam bahasa yang telah pupus sejak beberapa abad yang silam. Tidak ada satu pun bangsa yang bercakap dalam bahasa itu sekarang dan tidak ramai yang tahu.

(( Al-Quran )) Diturunkan dalam bahasa yang hidup. Hari ini ramai yang boleh berbicara dengan bahasa Al-Quran iaitu Bahasa Arab.



(( Kitab Terdahulu )) Telah bercampur aduk antara wahyu Allah S.W.T dengan perkataan manusia.

(( Al-Quran )) Tetap wahyu Allah S.W.t yang asli dan telah dibuktikan oleh sejarah dan juga kemurniannya terjamin.



(( Kitab Terdahulu )) Sejarah turunnya ayat-ayat dan kalimah-kalimah kitab itu dan sejarahnya telah kabur.

(( Al-Quran )) Mempunyai sejarah yang terang dan setiap ayat dapat diketahui dengan jelas tentang sejarah, tempat dan Asbabun Nuzulnya.


(( Buku Rujukan : Dienul Islam, PT Alma'Arif, Bandung, Cetakan Kedua 1977 ))

Tujuan Al-Quran Diturunkan Secara Beransur-Ansur :

  1. Supaya tidak membebankan umat manusia.
  2. Penurunannya berdasarkan peristiwa tertentu, contohnya surah Al-Baqarah ayat 144 diturunkan berdasarkan peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Muqaddis di Palestin ke Masjidil Haram di Makkah.
  3. Untuk memudahkan umat islam memahami dan mengetahui ajaran Allah S.W.T.

Hikmah Turunnya al Qur’an Secara Beransur-ansur:-

1. Untuk menguatkan hati Nabi s.a.w. Firman-Nya:

Orang-orang kafir berkata, kenapa Qur’an tidak turun kepadanya sekali turun saja? Begitulah, supaya kami kuatkan hatimu dengannya dan kami membacanya secara tartil (teratur dan benar). (Al-Furqaan:32)


Kata Abu Syamah, ayat itu menerangkan bahwa Allah memang sengaja menurunkan Qur’an secara beransur-ansur. Tidak sekali turun langsung berbentuk kitab seperti kitab-kitab yang diturunkan kepada rasul sebelumnya, tidak. Lantas apa rahasia dan tujuannya? Tujuannya ialah untuk meneguhkan hati Nabi s.a.w. Sebab dengan turunnya wahyu secara bertahap menurut peristiwa, keadaan, dan situasi yang mengiringinya, tentu hal itu lebih sangat kuat dan sangat terkesan di hati penerima wahyu tersebut, yakni Muhammad. Kerana itu saat-saat yang paling baik di bulan Ramadhan, ialah perjumpaan baginda dengan Jibril.


2. Untuk menentang orang-orang kafir yang mengingkari Qur’an karena menurut mereka aneh.


Kalau kitab suci diturunkan secara beransur-ansur. Dengan begitu Allah menentang mereka untuk membuat satu surat saja yang (tak perlu melebihi) sebanding dengannya. Dan ternyata mereka tidak sanggup membuat satu surat saja yang seperti Qur’an, apalagi membuat satu kitab.


3. Supaya mudah dihafal dan difahami.


Memang, dengan turunnya Qur’an secara beransur-ansur, sangatlah mudah bagi manusia untuk menghafal serta memahami maknanya. Lebih-lebih bagi orang-orang yang buta huruf seperti orang-orang arab pada saat itu; Qur’an turun secara beransur-ansur tentu sangat membantu mereka dalam menghafal serta memahami ayat-ayatnya.


4. Supaya orang-orang mukmin bersedia dalam menerima Qur’an dan giat mengamalkannya.


Dengan begitu kaum muslimin waktu itu memang senantiasa menginginkan serta merindukan turunnya ayat-ayat Qur’an. Apalagi pada saat memerlukannya kerana ada peristiwa yang sangat menuntut penyelesaian wahyu; seperti ayat-ayat mengenai khabar bohong yang disebarkan oleh kaum munafik untuk memfitnah bunda Aisyah, dan ayat-ayat tentang li’an.


5. Mengiringi kejadian-kejadian di dalam masyarakat dan bertahap dalam menetapkan suatu hukum.


Al-Qur’an turun secara beransur-ansur; yakni dimulai dari maslaah-masalah yang sangat penting kemudian menyusul masalah-masalah yang penting. Nah, karena masalah yang sangat pokok dalam Islam adalah masalah Iman, maka pertama kali yang dipriorotaskan oleh Al-Qur’an ialah tentang keimanan kepada Allah, malaikat, iman kepada kitab-kitbnya, para rasulnya, iman kepdaa hari akhir, kebangkitan dari kubur, dan surga neraka. Hal itu didukung dengan dalil-dalil yang rasional yang tujuan untuk mencabut kepercayaan-kepercayaan jahiliyah yang berpuluh-puluh tahun telah menancap di hati orang-orang musyrik untuk ditanami/diganti dengan benih-benih akidah Islamiyah.

(( oleh : Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu ))

Perbezaan Antara Ayat Makkiyah Dengan Ayat Madaniyah :

1. Ayat Makkiyah dimulai dengan “ Ya Ayuhan Nas ”yang bermaksud “ Wahai sekelian manusia ”. Ayat Makkiyah berhubung dengan keimanan dan akhlak diturunkan di Makkah.

2. Ayat Madaniyah yang dimulai dengan “ Ya Ayuhallazina Amanu ” Yang bermaksud “ Wahai orang-orang yang beriman ”. Ayat Madaniyah berhubung dengan hukum-hukum dan peraturan hidup.

23 October 2008

Peringkat Al-Quran Diturunkan

Al-Quran diturunkan dalam Dua peringkat :
  1. Peringkat pertama dinamakan ayat Makkiyah kerana diturunkan sebelum hijrah. Diturunkan selama 13 tahun di Makkah.
  2. Peringkat kedua dinamakan ayat Madaniyah kerana diturunkan selepas hijrah. Diturunkan selama 10 tahun di Madinah.

Definisi Suhuf

  • Suhuf ialah merupakan kepingan risalah atau lembaran kertas yang di dalamnya mengandungi pengajaran, hukum hakam yang tidak lengkap.
(( Ustaz Ishak Din dan Prof. Dato’ Dr. Harun Din 1995, Permasalahan Aqidah Tauhid )).
  • Suhuf ialah Hukum-hukum dasar yang diterangkan kepada manusia mana-mana yang perlu sahaja. Allah S.W.T telah menurunkan 100 suhuf kepada Nabi dan Rasul seperti berikut :
  1. 50 suhuf kepada Nabi Seth a.s.
  2. 30 suhuf kepada Nabi Idris a.s.
  3. 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim a.s.
  4. 10 suhuf kepada Nabi Adam a.s.
((Buku Rujukan : Pengetahuan Agama Islam ATM oleh Abdul Rahman Salleh, Abdullah Allawi Haji Ismail dan Haji Abdullah Adam, 1998 ))

20 October 2008

Kelebihan Kitab Suci Al-Quran

Al-quran merupakan mukjizat yang berkekalan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.Allah menurunkan Al-quran kepada Rasulullah S.A.W adalah untuk mengeluarkan manusia daripada kesesatan kepada jalan yang yang benar.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dengan kitab itulah(Al-quran)Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya kejalan keselamatan dan dengan Al-quran pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan keizinanNya dan menunjuki mereka kejalan yang lurus"


Al-quran juga mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan,ilmu pengetahuan,kisah-kisah para sahabat,falsafah,peratuaran-peraturan yang mengatur tingkah laku dan tata cara hidup manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Begitu juga Al-Quran menjadi pegangan bagi mereka yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat dan mengajarkan supaya manusia tetap suci berbakti kepada Allah dan manusia harus merendah diri tapi jangan melupakan harga diri.Firman AllahS.W.T bermaksud:
"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.(Yakni) mereka yang beriman kepada ghaib yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka,dan mereka yang beriman kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepamu dan kitab-kitab sebelummu(Injil,Taurat dan Zabur)serta mereka yakin adanya kehidupan akhirat."


Al-Quran juga merupakan sumber utama yang menjadi petunjuk kehidupan umat manusia yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai satu rahmatNya yang tidak ada bandingan.Al-Quran menjadi petunjuk pedoman dan pelajaran bagi sesiapa yang mengamalkannya yang terkandung segala pokok-pokok syariat yang terdapat dalam kitab suci yang terakhir yang diturunkan oleh AllahS.W.T.Kerna itu setiap orang yang menpercayai sepenuhnya dengan Al-Quran,akan bertambahlah kecintaan kepadanya,cinta untuk membaca,mempelajari dan memahami dan seterusnya mengamalkan dan menyampaikan kepada orang lain.Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,Rasulullah mengatakan:"Sesiapa yang mempelajari Kitabullah,kemudian diamalkannya isi yang terkandung di dalamnya,Allah akan menunjukinya dari kesesatan dan akan dipeliharanya pada hari kiamat dari siksa yang amat berat".


Al-Quran juga sebaik-baik bacaan bagi orang mukmin baik di kala senang atau susah,dikala gembira atau sedih.Malahan Al-Quran bukan sahaja menjadi amalan dan ibadah akan tetapi boleh menjadi penawar bagi orang yang jiwanya dalam kegelisahan.Firman AllahS.W.T bermaksud:"Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."
(SURAH AL-ISRAA':AYAT 82)

Kitab-kitab Suci yang Diturunkan

  • Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

Taurat ialah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. dan menjadikannya petunjuk dan cahaya yang berhukum dengannya Bani Israel dan ulama’ mereka. Kitab Taurat yang kita wajib beriman dengannya ialah Taurat yang Allah S.W.T turunkan kepada Nabi Musa a.s. yang mana bukan Taurat yang telah diubah dan dipinda yang ada di tangan ahli kitab sekarang.
  • Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
Kitab Zabur yang kita wajib beriman debgannya ialah Zabur yang Allah S.W.T turunkan kepada Nabi Daud a.s. yang mana bukan Zabur yang telah diubah dan dipinda oleh angkara jahat orang Yahudi.

  • Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Injil ialah Kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi ‘Isa a.s. menjadi pembenar kepada kitab-kitab dari langit yang terdahulu darinya. Kitab Injil yang kita wajib beriman dengannya ialah Injil yang Allah S.W.T turunkan kepada Nabi Isa a.s dengan asas yang sahih, bukan Injil yang telah diubah dan dipinda yang berada di tangan ahli kitab sekarang.

  • Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w penamat sekalian rasul, ia adalah kitab terakhir yang diturunkan, Allah telah menjamin untuk menjaganya daripada sebarang penyelewengan dan pengubahan serta menjadikannya nasikh (pembatal) semua kitab-kitab yang lain.

Dalil-dalil Kitab Suci yang Diturunkan

Kitab Taurat
Kitab Zabur
Kitab Injil

Kitab Al-Quran

(( Sumber Rujukan : Aqidah Islam, 1974, Sayid Sabiq))

Definisi Kitab Suci



  • Kitab Suci bererti wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia melalui rasul.
  • Di dalam buku yang bertajuk Permasalahan Aqidah Tauhid oleh Ustaz Ishak Din dan Prof. Dato’ Dr. Harun Din mendefinisikan Kitab ialah sebuah buku perlembagaan atau perundangan yang penuh dengan segala pengajaran dan peraturan serta hukum hakam yang lengkap lagi menyeluruh merangkumi soal-soal aqidah. ibadah, muamalat, masyarakat dan lain-lain.

09 October 2008

Kerangka Konsep





06 October 2008

Fakta-fakta Utama


  1. Allah S.W.T menurunkan kitab suci kepada manusia melaui rasu-rasul yang dipilih menjadi pesuruhNya.
  2. Kitab suci mengandungi unsur @ aspek Akidah, Syariat dan Akhlak, iaitu keprcayaan kepada Allah dan peraturan hidup manusia.
  3. Kitab yang terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai mukjizat ialah kitab suci Al-Quran.
  4. Al-Quran mula diturunkan pada 17 Ramadhan iaitu 13 tahun sebelum hijrah ketika Nabi berusia 40 tahun.
  5. Al-Quran diturunkan di Gua Hira' yang terletak di Jabal Nur di Makkah.
  6. Menurut pegangan Ibnu Abbas, Al-Quran mempunyai 114 surah dan mengandungi 666 ayat.
  7. Cara Al-Quran diturunkan ialah secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Template by:
Free Blog Templates