08 September 2008

Pengenalan tajuk sebagai mukadimah.

Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pengangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pengangan yang kuat.

Manakala dari sudut istilah pula, kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang
betul atau sebaliknya.

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan takdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, Akidah islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari, dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah S.W.T.

Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada Al-Quran dan As-Sunnah.

ILMU AKIDAH
Ilmu tauhid
– Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah S.W.T. yang wajib diketahui dan dipercayai.

Ilmu usuluddin
– Suatu ilmu yang kepercayaaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah S.W.T dan pesuruh-Nya.

Ilmu makrifat
– Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah S.W.T.

Ilmu kalam
– Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan.

Ilmu akidah
– Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah S.W.T.

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates