- Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
Taurat ialah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. dan menjadikannya petunjuk dan cahaya yang berhukum dengannya Bani Israel dan ulama’ mereka. Kitab Taurat yang kita wajib beriman dengannya ialah Taurat yang Allah S.W.T turunkan kepada Nabi Musa a.s. yang mana bukan Taurat yang telah diubah dan dipinda yang ada di tangan ahli kitab sekarang.
- Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
- Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
Injil ialah Kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi ‘Isa a.s. menjadi pembenar kepada kitab-kitab dari langit yang terdahulu darinya.
- Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w penamat sekalian rasul, ia adalah kitab terakhir yang diturunkan, Allah telah menjamin untuk menjaganya daripada sebarang penyelewengan dan pengubahan serta menjadikannya nasikh (pembatal) semua kitab-kitab yang lain.
0 comments:
Post a Comment