24 October 2008

Perbezaan Al-Quran Dengan Kitab-kitab Yang Terdahulu

(( Kitab Terdahulu )) Lebih ditujukan kepada golongan manusia yang tertentu sahaja di kalangan berbagai bangsa.

(( Al-Quran )) Semua ajaran dan perundangan dapat diamalkan pada setiap tempat di muka bumi ini dalam segala zaman. Bersifat universal untuk seluruh manusia hingga akhir zaman.



(( Kitab Terdahulu )) Teks asal kitab yang lalu telah hilang, yang ada cuma salinannya sahaja.

(( Al-Quran )) Sampai sekarang masih seperti yang pernah diturunkan kepada Muhammad s.a.w di mana sedikit pun tidak berubah, walaupun satu huruf sekali pun.



(( Kitab Terdahulu )) Diturunkan dalam bahasa yang telah pupus sejak beberapa abad yang silam. Tidak ada satu pun bangsa yang bercakap dalam bahasa itu sekarang dan tidak ramai yang tahu.

(( Al-Quran )) Diturunkan dalam bahasa yang hidup. Hari ini ramai yang boleh berbicara dengan bahasa Al-Quran iaitu Bahasa Arab.



(( Kitab Terdahulu )) Telah bercampur aduk antara wahyu Allah S.W.T dengan perkataan manusia.

(( Al-Quran )) Tetap wahyu Allah S.W.t yang asli dan telah dibuktikan oleh sejarah dan juga kemurniannya terjamin.



(( Kitab Terdahulu )) Sejarah turunnya ayat-ayat dan kalimah-kalimah kitab itu dan sejarahnya telah kabur.

(( Al-Quran )) Mempunyai sejarah yang terang dan setiap ayat dapat diketahui dengan jelas tentang sejarah, tempat dan Asbabun Nuzulnya.


(( Buku Rujukan : Dienul Islam, PT Alma'Arif, Bandung, Cetakan Kedua 1977 ))

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates